Thursday, 20 November 2014

Secret Weapon

Product ini ada dijual di No Limit Gym, harga pun murah dan sangat sedap. Boleh hubungi Wak @ 012-2778197 atau datang sendiri untuk pertanyaan lanjut.


Raimy (Melaka) - Now and Then

Gambar yang dibawah ni Wak ambil masa Raimy aka Melaka ni mula-mula masuk gym, Wak rasa 2 - 3 tahun lepas agaknya, Wak pun dah lupa.


Yang bawah ni pula Raimy sekarang, tahun 2014. Sekarang siapa yang berubah, dua-dua dah berubah kan......


Tuesday, 11 November 2014

Kebaikan Apple Cider Vinegar + Lemon + Honey + Plain Water

Wak nak kongsi dengan anda semua tentang kebaikan mengambil apple cider vinegar, lemon, madu dan air kosong. Kalau boleh untuk apple cider vinegar ni cari yang organic brand BRAGG (with the mother) ini yang paling baik sekali dan madu tak kisah la brand apapun. Amalkan selalu untuk kesihatan dan anda akan merasai perbezaannya selepas seminggu mengamalkannya.



Khasiatnya adalah seperti berikut :-
1. Melancarkan perjalanan darah
2. Menguatkan tenaga dalaman
3. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi dan kreativiti
4. Melawaskan usus besar dan kecil - membersihkan toksin
5. Berfungsi sebagai anti alergik, anti-septik anti anemia dan anti ulser
6. Meransang pemecahan lemak
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Meningkatkan metabolisme
9. Menyingkir air berlebihan dan bahan buangan
10. Melembapkan dan menegangkan kulit
11. Mencegah dan mengawal selulit
12. Meredakan sakit dan sengal sendi seperti gout, artri (bengkak sendi)
13. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
14. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
15. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
16. Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
17. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol dalam darah
18. Membantu mengekalkan berat badan ideal
19. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak
20. Membantu menghilangkan sakit hulu hati
21. Membantu menurunkan risiko darah tinggi
22. Boleh mengelakkan stroke
23. Menurunkan kadar gula dalam darah bagi penghidap diabetes
24. Dan berbagai lagi........




 Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. 2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi. 3. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan. 4. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak. 5. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. 2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi. 3. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan. 4. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak. 5. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Make Money at : http://bit.ly/b

Monday, 10 November 2014

Ali, Ali and Bob

Dibawah ni Wak Ali dengan Ali from Iraq yang nak membesarkan badan dan yang paling bawah sekali Wak dengan Bob, dia ni tengah bersemangat nak kuruskan badan. Wak harap mereka berdua tidak patah semangat untuk mencapai hasrat dihati, jangan putus asa. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, jangan jadi hangat-hangat tahi ayam. Wak tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang yang suka bertanya dan patuh dengan apa yang Wak ajar tanpa banyak soal, nescaya ilmu yang dipelajari menjadi berkat dan berkesan.

Ali and Ali

Wak and Bob

Wak & Badminton

Gambar ni Wak dengan pemain Badminton Negara, Mak Hee Cheng dan coachnya yang Wak panggil Laksamana Cheng Ho. Yang sebelah tu ada iras-iras Mike Tyson kan.



Friday, 7 November 2014

Wak & Mr. Kim (Korean)

Wak tengah ajar Mr. Kim aka Lee Min Ho (Wak pun tak kenal siapa Lee Min Ho tu, dengar budak-budak sebut je).



Thursday, 6 November 2014

Menghilang Entah Kemana

Budak-budak ni entah kemana menghilang, tak dengar khabar berita. Ada sesiapa yang terjumpa sampaikan salam Wak pada mereka.

Wak, Alex & yang belakang tu Nazir

Wak, Hadi dan belakang tu Ronnie

Wak, Along & Jai



Thursday, 30 October 2014

Tuesday, 28 October 2014

Today Selasa is 'MAIN KAKI DAY'

Hari Selasa, emm hari main kaki, gym lengang sikit la. Wak hairan kenapa budak-budak ni malas sangat nak main kaki, walhal kaki lah yang paling penting sekali dalam bina badan. Kalau Wak tak bising memang tak main la jawabnya.

Mari kita tengok aksi budak-budak ni main kaki.




Lepas main kaki baru boleh posing





Friday, 13 June 2014

Salam Sejahtera

Wak rasa dah lama sangat Wak tak update blog ni, Wak sangat sibuk kebelakangan ni dan dengan kesihatan yang tak menentu. Wak banyak cerita yang nak disampaikan tapi keadaan tak mengizinkan. Cuaca sangat panas sekarang ni, tekak kering memanjang, badan jadi letih dan mengantuk. Wak ingatkan kepada semua banyakkan minum air kosong.
 
Lupa pulak Wak, minggu lepas ada contest Mr. Malaysia, tapi Wak tak sempat tengok. Wak sampai semua orang dah balik. Siapa yang menang Best of The Best agaknya. Kalau ada sesiapa yang tau bagi tau la Wak ya.
 
Okey lah sampai sini dulu besok kita sambung lagi
 
 
 
 

Friday, 10 January 2014

My Loving Brother

Wak nak postkan gambar kawan baik Wak yang Wak dah anggap macam abang Wak sendiri dan kami dah ngaku macam adik beradik walaupun berlainan bangsa. Dia orang Australia yang baru-baru ni menjenguk Wak di gym, Wak gembira sangat2 sebab dah lama tak jumpa and he is very kind Beliau akan pulang semula ke Australia pada Sabtu ni. Wak doakan selamat pulang.
 
To Norm, take care and we love you.........................

 
 
 
 

Selamat Tahun Baru 2014

Wak rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga ditahun baru ini marilah kita lembaran baru dengan azam dan semangat baru.
 
Dah lama Wak tak update blog ni dan ramai juga yang bertanya kenapa senyap je Wak. Wak akan cuba update blog ni sekerap mungkin jika kesihatan Wak mengizinkan.
 
Wak mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyokong Wak selama ini.