Tuesday, 18 December 2012
Monday, 17 December 2012
Merry Christmas
Sabtu kelmarin Wak pergi One Utama beli barang, Wak tengok complex tu meriah betul dengan pokok pain siap ada patung-patung dan lampu kelip-kelip, wak lupa dah nak Chrismas rupanya. Wak tengok decoration nya cantik siap ada chocolate, donut, ice-cream, payung dan macam-macam lagi. Wak sempat juga bergambar kat pokok Christmas tapi bahagian yang tak siap dan sempat juga posing dengan snowman.
Disini Wak nak mengucapkan Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini terutama kepada Datuk Alfred dan keluarga, tidak lupa juga ahli-ahli gym yang beragama kristian.
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Mr. Asia 1997
Wak nak korang tengok gambar Wak masa pertandingan bina badan yang dibuat di Seoul Korea. Kontigen Malaysia yang pergi masa tu adalah Sazali, Ibrahim Shadan, Osman Yahya, Cheng, Syed Gajah (kalau tak silap dia dah migrate di London) yang lain Wak dah tak ingat. Berat Wak cuma 57kg (Category Fly Weight), kurus aje kan. Kurus-kurus Wak dapat jugak masuk Mr. Asia dan Wak menang, kira dasyat la Wak ni. Tapi sayang trophi yang Wak menang tu dah hancur berderai sebab jatuh dari tangga, trophi tu dibuat dari ceramic, yang tinggal gambar je.
Dalam pertandingan tu Wak lawan pak-pak arab, korang tau je lah dia orang lebih besar dari Wak, Wak cemetot je tapi Wak tak ngaku kalah Wak lawan....... PEDULIKAN..........(trademark Wak)
Go Hard or Go Home
Tuesday, 11 December 2012
Hawaiian Cafe
Minggu lepas Wak hantar kereta pergi workshop, Wak terjumpa kawan Wak yang dah dekat 25 tahun tak jumpa, dia buka Hawaiian Cafe ni sebelah workshop Wak, yang bestnya semua pekerja dia bisu dan pekak. Dia kawan Wak masa di Stargazer Semua House, dia masih kenal Wak tapi Wak tak berapa nak cam, katanya Wak tak berubah langsung. Baguslah dia bukak cafe tu bagi orang2 yang kurang upaya bekerja. Makanan kat situ sedap jugak dan kopinya diimport terus dari Hawaii, memang sedap. Cafe tu dekat je dengan gym Wak area Damansara Perdana la. Wak sempat juga bergambar dengan staff dia, Wak kan suka bergambar......
Oh ya lupa pulak Wak nak bagi tau, abang yang pakai baju hitam yang tunjuk isyarat good tu tak pekak dan bisu, abang tu memang good kalau bercakap, jangan marah abang baju hitam.
Monday, 10 December 2012
Gambar lama
Gambar ni masa Wak masuk Mr. Temerloh, Wak tak de la diet sangat cuma suka-suka sebab orang Temerloh yang beriya-iya suruh Wak masuk, sebab nak tau sapa Wak Ali sebenarnya. Jadi nak tak nak wak pergi juga lah. Wak tak sempat nak diet sebab derang bagi short notice, seminggu je jadi ni aje lah rupa badan Wak masa tu. Wak nak upload gambar masa pertandingan tapi gelap sangat, yang nampak gigi dan mata wak jer badan tak nampak langsung, stagenya tak ada sport light dan lagi satu camera Wak pun tak berapa nak cangih.
Thursday, 6 December 2012
Wak dan Zentri
Gambar ni wak ambil beberapa bulan yang lalu, Zentri datang gym Wak, macam biasa la sesiapa je bodybuilder yang datang gym kena tunjuk badan dulu (hanya pada orang-orang yang pernah masuk contest sahaja), yang tak pernah tak perlu tunjuk badan buang masa. Walaupun kami ni umur dah nak masuk senja tapi badan kena tetap maintain, makan kena jaga, tapi sekarang Wak training kurang sikit la sebab sibuk.
Wednesday, 5 December 2012
Tempat Makan
Sekarang ni susah la Wak nak makan bila pergi One Utama setiap hari Sabtu, kedai yang Wak selalu makan tu dah tutup, Wak rasa tak puas bila makan sembarangan. Wak kena round satu complex sebab nak cari makanan yang sesuai. Wak harap tokeh kedai tu bukak balik la kat One Utama senang Wak.
Wak sempat jugaklah bergambar dengan chef Faiz dan makanan yang last Wak makan kat situ. Hari tu Wak belasah nasi beriani..... uummmmph......
Pada Faiz, ko ayatlah boss ko bukak balik branch dia kat OU ni, Wak susah la nak makan....... dan tak lupa juga masih sempat training lagi tak sejak pindah tempat kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)