Monday, 17 December 2012

Merry Christmas

Sabtu kelmarin Wak pergi One Utama beli barang, Wak tengok complex tu meriah betul dengan pokok pain siap ada patung-patung dan lampu kelip-kelip, wak lupa dah nak Chrismas rupanya. Wak tengok decoration nya cantik siap ada chocolate, donut, ice-cream, payung dan macam-macam lagi. Wak sempat juga bergambar kat pokok Christmas tapi bahagian yang tak siap dan sempat juga posing dengan snowman.

Disini Wak nak mengucapkan Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini terutama kepada Datuk Alfred dan keluarga, tidak lupa juga ahli-ahli gym yang beragama kristian.


 

Wednesday, 12 December 2012

Mr. Asia 1997

Wak nak korang tengok gambar Wak masa pertandingan bina badan yang dibuat di Seoul Korea. Kontigen Malaysia yang pergi masa tu adalah Sazali, Ibrahim Shadan, Osman Yahya, Cheng, Syed Gajah (kalau tak silap dia dah migrate di London) yang lain Wak dah tak ingat. Berat Wak cuma 57kg (Category Fly Weight), kurus aje kan. Kurus-kurus Wak dapat jugak masuk Mr. Asia dan Wak menang, kira dasyat la Wak ni. Tapi sayang trophi yang Wak menang tu dah hancur berderai sebab jatuh dari tangga, trophi tu dibuat dari ceramic, yang tinggal gambar je. 

Dalam pertandingan tu Wak lawan pak-pak arab, korang tau je lah dia orang lebih besar dari Wak, Wak cemetot je tapi Wak tak ngaku kalah Wak lawan....... PEDULIKAN..........(trademark Wak)

Go Hard or Go Home


Tuesday, 11 December 2012

Hawaiian Cafe

Minggu lepas Wak hantar kereta pergi workshop, Wak terjumpa kawan Wak yang dah dekat 25 tahun tak jumpa, dia buka Hawaiian Cafe ni sebelah workshop Wak, yang bestnya semua pekerja dia bisu dan pekak. Dia kawan Wak masa di Stargazer Semua House, dia masih kenal Wak tapi Wak tak berapa nak cam, katanya Wak tak berubah langsung. Baguslah dia bukak cafe tu bagi orang2 yang kurang upaya bekerja. Makanan kat situ sedap jugak dan kopinya diimport terus dari Hawaii, memang sedap. Cafe tu dekat je dengan gym Wak area Damansara Perdana la. Wak sempat juga bergambar dengan staff dia, Wak kan suka bergambar......

Oh ya lupa pulak Wak nak bagi tau, abang yang pakai baju hitam yang tunjuk isyarat good tu tak pekak dan bisu, abang tu memang good kalau bercakap, jangan marah abang baju hitam.



Monday, 10 December 2012

Gambar lama

Gambar ni masa Wak masuk Mr. Temerloh, Wak tak de la diet sangat cuma suka-suka sebab orang Temerloh yang beriya-iya suruh Wak masuk, sebab nak tau sapa Wak Ali sebenarnya. Jadi nak tak nak wak pergi juga lah. Wak tak sempat nak diet sebab derang bagi short notice, seminggu je jadi ni aje lah rupa badan Wak masa tu. Wak nak upload gambar masa pertandingan tapi gelap sangat, yang nampak gigi dan mata wak jer badan tak nampak langsung, stagenya tak ada sport light dan lagi satu camera Wak pun tak berapa nak cangih.



Thursday, 6 December 2012

Wak dan Zentri

Gambar ni wak ambil beberapa bulan yang lalu, Zentri datang gym Wak, macam biasa la sesiapa je bodybuilder yang datang gym kena tunjuk badan dulu (hanya pada orang-orang yang pernah masuk contest sahaja), yang tak pernah tak perlu tunjuk badan buang masa. Walaupun kami ni umur dah nak masuk senja tapi badan kena tetap maintain, makan kena jaga, tapi sekarang Wak training kurang sikit la sebab sibuk.




Wednesday, 5 December 2012

Tempat Makan

Sekarang ni susah la Wak nak makan bila pergi One Utama setiap hari Sabtu, kedai yang Wak selalu makan tu dah tutup, Wak rasa tak puas bila makan sembarangan. Wak kena round satu complex sebab nak cari makanan yang sesuai. Wak harap tokeh kedai tu bukak balik la kat One Utama senang Wak.
Wak sempat jugaklah bergambar dengan chef Faiz dan makanan yang last Wak makan kat situ. Hari tu Wak belasah nasi beriani..... uummmmph......
Pada Faiz, ko ayatlah boss ko bukak balik branch dia kat OU ni, Wak susah la nak makan....... dan tak lupa juga masih sempat training lagi tak sejak pindah tempat kerja.




Monday, 22 October 2012

Salam Aidiladha


"Aidiladha mengajar erti pengorbanan dalam kehidupan. Manusia yang berada dalam lembah kecintaan pada syurga dan penciptanya, akan lahir satu perasaan seronok dalam melakukan pengorbanan walaupun pada pandangan mata kasar ia amat sukar"


Wak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adiladha kepada semua yang mengenali Wak tidak kira dimana jua.

Monday, 1 October 2012

Bapak Borek Anak Rintik

Ni anak Taiko, kecik-kecik dah pandai angkat besi macam bapak dia jugak. Cute kan.



Friday, 28 September 2012

Sakit Mata

Rabu lepas Wak pergi Hospital Mata Tun Hussin Onn sebab sakit mata, hari Khamis mata Wak kena belah, cuak jugak la. Walaupun mata Wak tinggal sebelah Wak tetap nampak hemsemkan.



Birthday Boy



Wak nak ucapkan selamat harijadi yang ke 20 tahun pada Poh aka Poh3. Kalau nak tau yang mana Poh3, tu yang paling belakang sekali, bercermin mata, pakai singlet color hitam sebelah Dato Alfred.
Dalam ramai-ramai tu sapa yang paling hemsem sekali.

Monday, 17 September 2012

Wak dan Mr. Olympia

Salam 1 Malaysia kepada semua peminat Wak.

Baru-baru ni Wak ada bergambar dengan Lee Priest (Mr. Olympia), beliau datang ke Malaysia minggu lepas. Wak sempat la bergambar dengan beliau. 
Wak dengan Lee Priest ni lebih kurang sama tinggi dan sama hemsem kan, cuba tengok betul-betul.


Tuesday, 28 August 2012

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Wak rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua peminat dan kepada sesiapa yang mengenali Wak, tak lupa juga kepada semua ahli No Limit Gym. Wak memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata pada semua.


 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, 26 August 2012

Kereta Wak









Hari ni Wak nak bergaya depan kereta kejap. Wak rasa Wak lagi hemsem dari kereta tu kan

Tuesday, 29 May 2012

Dulu, kini dan selamanya

Kali ni Wak nak upload gambar Wak muda-muda dulu, hemsem betul Wak masa tukan. Rambut Wak lebat tak macam sekarang la.

Wak kalau kerja memang serius, tu nampak ni bukan main-main.......

Uhhhh..... nampak hemsem kan, Wak tak de la buat rambut afro macam derang tu, mana la derang tu sekarang nih, tapi yang Wak tau abang yang pakai kot tu dah ke rahmatullah lama dulu.

Ni masa Wak kat Bond Street, London (ejaan betul ke tak) cuma korang tengok kasut Wak, tengok betul-betul......

Ni kat Hydepark London.....

Ni kat Bond Street, yang belakang tu keta porsche, kat Malaysia masa tu boleh bilang dengan jari.

This also in Bond Street, wah wah Wak speaking London.

Disinilah bermulanya carier bina badan Wak, sejak Wak mengenali seorang kawan yang serius dalam bina badan dan dia memegang title Mr. Britain dan dari situlah Wak belajar segala teknik dan skill bina badan. Sekembalinya Wak ke Malaysia pada tahun 199. Wak masih bergiat dan masih memasuki pertanding dalam arena golf dengan memegang handicap 9 di Kelab Golf Payalang Estate, Segamat Johor. Tapi Wak bertukar arah ke arena bina badan hinggalah sekarang.

Vintage kan gambar-gambar tu, Wak rasa macam nak balik kezaman tu.... rindu pulak Wak..........

Thursday, 24 May 2012

Member lama

Wak pergi One Utama last Saturday sarapan, Wak terjumpa Mathew dan keluarga, agak lama jugak Wak jumpa dia. Mathew dah tambah sorang lagi ahli keluarga, muka memang KLON Mathew, sangat cute.

Wednesday, 23 May 2012

Teka-Teki 2

Kali ni Wak nak berteka-teki pulak, dah lama Wak tak bagi.

" Banyak-banyak cecair, cecair apa bila dipanaskan jadi keras "

Sila jawab dalam comment yer.

Wednesday, 16 May 2012

Dinner Wak malam ni


 

Semenjak dua-menjak ni Wak kerap upload gambar makanan, suka pulak Wak tengok. Hari ni wak makan sup sayur, dalam sup tu ada tahu kering, kailan, telor, green lotus, brocoli dan tulang ayam untuk buat sup. Kalau ada sesapa nak cuba boleh lah contact Wak macamana nak buat. Sup ni dimasak tanpa menggunakan minyak.

Women Body Building


Cik adik manis ni Cik Racheal, dialah satu-satunya body builder perempuan yang bersemangat nak training. Tahun depan boleh masuk contest.

Thursday, 10 May 2012

Lunch hari Jumaat




Hari ni Wak makan sup Kepala Ikan Jenahak, kentang USA (jangan beli kentang India, kentang tu sesuai buat kari dan masak lemak je), sambal kicap dan ice lemon tea no sugar. mmm... yum...yumm... Wak dah tak sabar nak makan ni,

Wak dan topi




Wak jalan-jalan kat OU sabtu lepas, Wak terjumpa topi ni, Wak pun try la, korang rasa topi ni sesuai tak ngan Wak. Please comment, kalau ok wak beli kalau tak lupakan aje.


Tuesday, 8 May 2012

Training

Yang tengah angkat besi tu Tn Kalang dan yang belakang dok gelak Tn Jumari, derang nak bertanding tahun depan.


Yang ni pulak Jay dan Ari. 

Lunch Hari Ini


Lunch hari ni Wak makan steak, broccoli, papaya dan ice lemon tea. Yumm yumn...... jemput makan semua......

Sunday, 6 May 2012

Sign Board

Pandangan di waktu malam


Pandangan di waktu siang


Yang ni gambar signboard lama Wak di waktu siang


Lunch Wak



Pita bread, mince beef, purple cabbage, salad, cucumber, coriender, capsicum